Thursday, March 24, 2011

POST EVENT - 1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011


1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lalu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengadakan acara “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011”. Acara yang penuh mencabar, hiburan berinformasi dan menguji minda ini yang diadakan pada 26 Febuari 2011, telah menarik minat sebanyak 225 kumpulan bagi 2 kategori berkumpulan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Media/Selebriti.

Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Kuala Lumpur. Disamping itu juga untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia agar menanamkan rasa cinta kepada negara dalam menghargai dan memperkayakan hasil warisan negeri.

Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Ir. Muhammad Radzi Mansor, Pengerusi Menara Kuala Lumpur dan YBhg Datuk Dr Halim Shafiee, Pengerusi TM serta dihadiri oleh Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

Hadiah lebih dari RM20,000 telah dimenangi oleh para pemenang berupa wang tunai, hamper, piala serta Ipad sebagai hadiah utama untuk Kategori Terbuka.

Para peserta dikehendaki melalui 12 tempat perhentian (bangunan-bangunan termasuklah Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Telekom, Matic, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Jalan Masjid India, Heritage Row, Jalan Tunku Abdul Rahman, Hutan Simpan Bukit Nanas) yang telah ditanda sebagai sebahagian daripada mekanisme acara. Setiap kumpulan diminta untuk berhenti di setiap tempat perhentian yang dipilih dan telah diuji dengan soalan, permainan dan aktiviti lain dalam rangka untuk meneruskan ke destinasi seterusnya.

 “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” telah mendapat tajaan daripada Jabatan Warisan Negara, Estee Lauder, Telekom Malaysia, Plus, Red Bull, Adabi, Media Hiburan, D’Saji, Milo dan D’Tandoor. Penaja bagi buku cenderamata pula adalah Parksafe, All Boss Executive, KL Tower Pony Ride, Jendela Aspirasi (M) Sendirian Berhad, Karyabina Sdn Bhd, Kawalan AHM, Ria Travel & Tours, KL Tower Animal Zone, Osmosys, OTIS, Seri Melayu Restaurant dan Seri Angkasa Restaurant.

-Tamat-
  

POST EVENT - 1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011




In conjunction with Federal Territory Day in the month of February 2011, Menara Kuala Lumpur in collaboration with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) had successfully organized 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011, fully supported by the Ministry of Information, Communications and Culture and the Department of National Heritage (Jabatan Warisan Negara). The informative, physical and mind challenging event was held on the 26 February 2011, where a total of 225 Teams for 2 categories, Open & Media/Celebrity Categories joined in the fun!
The main objective of this event was to introduce and promote the heritage landmarks in Kuala Lumpur city centre and at the same time to inculcate awareness in Malaysian citizens to appreciate the country’s heritage.

The event was officiated by YBhg Tan Sri Ir. Muhammad Radzi Mansor, Chairman of Menara Kuala Lumpur and YBhg Datuk Dr Halim Shafiee, Chairman of TM. Also present was Puan Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

Prizes worth more than RM20,000.00 were given to winners, which included cash prizes, hampers, winning certificates and Ipad, which was presented as the main prize for Open Category.

Participants were required to go through 12 check points (some of the prominent places and buildings were Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Telekom, Matic, Kuala Lumpur City Hall, Merdeka Square, Jalan Masjid India, Heritage Row, Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Nanas) that had been marked as part of the mechanism of the event. Each team was required to stop at each designated check point and was tested with questions, games and other activities in order to proceed to the next destination.

Participating sponsors for 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011 included established companies such as National Heritage Department, Estee Lauder, Telekom Malaysia, Plus, Red Bull, Adabi, Media Hiburan, D’Saji, Milo and D’Tandoor. Sponsors for the souvenir books were Parksafe, All Boss Executive, KL Tower Pony Ride, Jendela Aspirasi (M) Sendirian Berhad, Karyabina Sdn Bhd, Kawalan AHM, Ria Travel & Tours, KL Tower Animal Zone, Osmosys, OTIS, Seri Melayu Restaurant and Seri Angkasa Restaurant.

-End-

No comments:

Post a Comment