Thursday, March 31, 2011

PC - Secretaries Week 2011

SECRETARIES WEEK 2011
UP, CLOSE AND PERSONAL @ MENARA KUALA LUMPUR
WITH DAYANG NURFAIZAH, NORYN AZIZ, SARAH RAISUDDIN & DIDIE ALIAS

Didie Alias, Sarah Raisuddin, Dayang Nurfaizah, Zuraidah Mohd Said, Noryn Aziz



Menara Kuala Lumpur had organized a press conference in conjunction with Secretaries Week celebration that will be held on 26 & 27 April 2011. The special occasion will be showcasing exclusive performances by 3 popular songbirds who are none other than Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz and Sarah Raisuddin.

White Garden in the Sky, which will be the theme of this occasion will be hosted by the sensational, Didie Alias at Megaview Banquet Deck located at a height of 288 metres.

“For the first time, four artists will be combined in showing our appreciation to all the secretaries who will be celebrating Secretaries Week. We will offer a special entertainment and delectable cuisines that will be memorable for them while celebrating with their beloved bosses,” said Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

“In addition, this is a golden opportunity for them to enjoy a panoramic view of Kuala Lumpur, high up in the sky together with other celebrating secretaries,” she added.

The prices for Secretaries Week at Menara Kuala Lumpur are ranged at RM500.00 and RM400.00 per person. It is limited to the first 240 registered guests for a chance to watch the performance of their favourite singers up, close and personal.

Guests will not only be entertained by the exclusive performances but will also get a chance to win lucky draw of beauty products worth RM5,000.00 as a whole and game sessions with Didie Alias.

A special western menu will be prepared by Felda D’Saji for this special communion.

For bookings and enquiries, please contact or email Puan Aishah at (Tel: 03-2020 5456, Hp: 019-262 4987 Email: aishah@menarakl.com.my) / Puan Zanariah at (Tel: 03-20988752, Hp: 012-607 7243, Email: zanariah@menarakl.com.my) / Encik Shahrul Nizam at (Tel: 03-2098 8791, Hp: 019-371 6008, Email: shahrul@menarakl.com.my).

-END- 
... 


MINGGU SETIAUSAHA 2011
“UP, CLOSE AND PERSONAL @ MENARA KUALA LUMPUR”
BERSAMA DAYANG NURFAIZAH, NORYN AZIZ, SARAH RAISUDDIN & DIDIE ALIAS

Menara Kuala Lumpur telah mengadakan majlis sidang akhbar bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang akan diadakan pada 26 & 27 April 2011. Program tersebut  menjanjikan persembahan hebat dan eksklusif daripada tiga penyanyi popular yang bersuara mantap dan lunak iaitu Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz dan Sarah Raisuddin.

Majlis yang bertemakan “White Garden in the Sky” ini turut akan dimeriahkan dengan celoteh pengacara sensasi, Didie Alias yang akan diadakan di Mega View Banquet Deck dari ketinggian 288 meter.

“Buat julung kalinya, empat artis digabungkan bagi menghiburkan setiausaha dan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua setiausaha yang meraikan Hari Setiausaha. Kami menjanjikan persembahan yang istimewa dan hidangan yang tidak akan dilupakan oleh mereka apabila mereka meraikannya bersama bos yang tersayang” kata Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Disamping itu juga, ini adalah peluang keemasan buat mereka untuk menikmati keindahan panorama Kuala Lumpur dari puncak awan sambil beramah mesra dengan setiausaha-setiausaha yang lain” tambah beliau lagi.

Harga yang ditawarkan bersempena dengan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur adalah RM500.00 dan RM400.00 seorang. Ianya terhad kepada 240 orang tetamu yang terawal mendaftar sahaja bagi memberi peluang mereka menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra.

Disamping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.00 secara keseluruhannya dan “games” bersama Didie Alias.

Hidangan menu barat istimewa untuk majlis ini akan disediakan oleh Felda D’Saji yang menawarkan perkhidmatan makanan yang sedap-sedap belaka.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, silalah hubungi atau emel kepada Puan Aishah di (Tel: 03-2020 5456, Hp: 019-262 4987 Emel: aishah@menarakl.com.my) / Puan Zanariah di (Tel: 03-20988752, Hp: 012-607 7243, Emel: zanariah@menarakl.com.my) / Encik Shahrul Nizam di (Tel: 03-2098 8791, Hp: 019-371 6008, Emel: shahrul@menarakl.com.my).

-TAMAT-

Monday, March 28, 2011

POST EVENT - EARTH HOUR 2011


MENARA KUALA LUMPUR ”LIGHTS OUT” FOR EARTH HOUR 2011

Menara Kuala Lumpur had once again took part in the Earth Hour 2011 by showing support to World Wide Fund For Nature (WWF) for environmentally sustainable action and pledging to “Live Green: One Switch at a time” on Saturday, 26 March 2011.

“We always support this activity to ensure Malaysia is participating to conserve the natural resources and switch off in a global celebration since 2009” said Puan Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

“As an icon and one of world’s recognized landmarks, the management of Menara Kuala Lumpur wishes to keep the spirit going by supporting and participating in the Earth Hour yearly to celebrate an unambiguous commitment to the planet by switching off the facet lighting of the tower for one designated hour” she added.

Menara Kuala Lumpur is the sixth tallest telecommunication tower in the world, which participated in the “lights out” event for one designated hour from 8.30pm until 9.30pm.
.....
  

MENARA KUALA LUMPUR BERGELAPAN DEMI EARTH HOUR 2011

Menara Kuala Lumpur sekali lagi menjadi sebahagian daripada “Earth Hour 2011”dengan memberikan sokongan kepada World Wide Fund For Nature (WWF) di dalam usaha memelihara alam sekitar dan turut serta di dalam "Live Green: One Switch at a Time" yang telah berlangsung pada Sabtu, 26 Mac 2011 yang lalu.

“Kami sentiasa menyokong aktiviti global sebegini bagi memastikan Malaysia terlibat secara langsung di dalam usaha untuk memelihara sumber-sumber alam dan mematikan lampu menerusi perayaan global ini sejak tahun 2009” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Justeru itu, sebagai sebuah ikon dan salah satu mercu tanda yang diakui dunia, pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur terus bersemangat dan menyokong komitmen terhadap kesejahteraan bumi dan menyertai acara tahunan Earth Hour dengan mematikan lampu facet menara untuk satu jam tersebut” tambah beliau lagi.

Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara telekomunikasi ke enam tertinggi di dunia ini telah bergelapan selama satu jam mulai dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Thursday, March 24, 2011

Secretaries Week 2011

Menara Kuala Lumpur Is Awarded The BrandLaureate Country Branding Awards 2010-2011

Menara Kuala Lumpur continues to mark its history when it was awarded with “The BrandLaureate Country Branding Awards 2010-2011” at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur on 23 March 2011. 

The award was organized by The Asia Pacific Brands Foundation with an objective to honour the outstanding companies that have successfully built their brands and contributed significantly to the world and society at large.

"Alhamdulillah, this is the first Award for us this year and we are truly proud with this achievement. This is all because of the hard work and dedication from all staff of Menara Kuala Lumpur" said Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer, Menara Kuala Lumpur.






____________________________________________________________
 Menara Kuala Lumpur Menerima Anugerah 
“The BrandLaureate Country Branding 2010-2011”

Menara Kuala Lumpur meneruskan sejarah kecemerlangannya apabila dianugerahkan “The BrandLaureate Country Branding Awards 2010-2011 ” dalam majlis penyampaian di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2011.

Anugerah tahunan ini dianjurkan oleh The Asia Pacific Brands Foundation yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah berjaya membina jenama meraka dan memberi sumbangan signifikan terhadap dunia dan masyarakat luas.

"Alhamdulillah, ini adalah merupakan anugerah pertama kami buat tahun ini, ini kami berbangga dengan kejayaan yg diperolehi. Anugerah ini adalah hasil daripada kerja keras semua wargakerja Menara Kuala Lumpur" kata Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

POST EVENT - 1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011


1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lalu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengadakan acara “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011”. Acara yang penuh mencabar, hiburan berinformasi dan menguji minda ini yang diadakan pada 26 Febuari 2011, telah menarik minat sebanyak 225 kumpulan bagi 2 kategori berkumpulan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Media/Selebriti.

Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan tempat-tempat warisan yang terdapat di Kuala Lumpur. Disamping itu juga untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia agar menanamkan rasa cinta kepada negara dalam menghargai dan memperkayakan hasil warisan negeri.

Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Ir. Muhammad Radzi Mansor, Pengerusi Menara Kuala Lumpur dan YBhg Datuk Dr Halim Shafiee, Pengerusi TM serta dihadiri oleh Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

Hadiah lebih dari RM20,000 telah dimenangi oleh para pemenang berupa wang tunai, hamper, piala serta Ipad sebagai hadiah utama untuk Kategori Terbuka.

Para peserta dikehendaki melalui 12 tempat perhentian (bangunan-bangunan termasuklah Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Telekom, Matic, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Jalan Masjid India, Heritage Row, Jalan Tunku Abdul Rahman, Hutan Simpan Bukit Nanas) yang telah ditanda sebagai sebahagian daripada mekanisme acara. Setiap kumpulan diminta untuk berhenti di setiap tempat perhentian yang dipilih dan telah diuji dengan soalan, permainan dan aktiviti lain dalam rangka untuk meneruskan ke destinasi seterusnya.

 “1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011” telah mendapat tajaan daripada Jabatan Warisan Negara, Estee Lauder, Telekom Malaysia, Plus, Red Bull, Adabi, Media Hiburan, D’Saji, Milo dan D’Tandoor. Penaja bagi buku cenderamata pula adalah Parksafe, All Boss Executive, KL Tower Pony Ride, Jendela Aspirasi (M) Sendirian Berhad, Karyabina Sdn Bhd, Kawalan AHM, Ria Travel & Tours, KL Tower Animal Zone, Osmosys, OTIS, Seri Melayu Restaurant dan Seri Angkasa Restaurant.

-Tamat-
  

POST EVENT - 1MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011




In conjunction with Federal Territory Day in the month of February 2011, Menara Kuala Lumpur in collaboration with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) had successfully organized 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011, fully supported by the Ministry of Information, Communications and Culture and the Department of National Heritage (Jabatan Warisan Negara). The informative, physical and mind challenging event was held on the 26 February 2011, where a total of 225 Teams for 2 categories, Open & Media/Celebrity Categories joined in the fun!
The main objective of this event was to introduce and promote the heritage landmarks in Kuala Lumpur city centre and at the same time to inculcate awareness in Malaysian citizens to appreciate the country’s heritage.

The event was officiated by YBhg Tan Sri Ir. Muhammad Radzi Mansor, Chairman of Menara Kuala Lumpur and YBhg Datuk Dr Halim Shafiee, Chairman of TM. Also present was Puan Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

Prizes worth more than RM20,000.00 were given to winners, which included cash prizes, hampers, winning certificates and Ipad, which was presented as the main prize for Open Category.

Participants were required to go through 12 check points (some of the prominent places and buildings were Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Telekom, Matic, Kuala Lumpur City Hall, Merdeka Square, Jalan Masjid India, Heritage Row, Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Nanas) that had been marked as part of the mechanism of the event. Each team was required to stop at each designated check point and was tested with questions, games and other activities in order to proceed to the next destination.

Participating sponsors for 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011 included established companies such as National Heritage Department, Estee Lauder, Telekom Malaysia, Plus, Red Bull, Adabi, Media Hiburan, D’Saji, Milo and D’Tandoor. Sponsors for the souvenir books were Parksafe, All Boss Executive, KL Tower Pony Ride, Jendela Aspirasi (M) Sendirian Berhad, Karyabina Sdn Bhd, Kawalan AHM, Ria Travel & Tours, KL Tower Animal Zone, Osmosys, OTIS, Seri Melayu Restaurant and Seri Angkasa Restaurant.

-End-