Thursday, March 31, 2011

PC - Secretaries Week 2011

SECRETARIES WEEK 2011
UP, CLOSE AND PERSONAL @ MENARA KUALA LUMPUR
WITH DAYANG NURFAIZAH, NORYN AZIZ, SARAH RAISUDDIN & DIDIE ALIAS

Didie Alias, Sarah Raisuddin, Dayang Nurfaizah, Zuraidah Mohd Said, Noryn Aziz



Menara Kuala Lumpur had organized a press conference in conjunction with Secretaries Week celebration that will be held on 26 & 27 April 2011. The special occasion will be showcasing exclusive performances by 3 popular songbirds who are none other than Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz and Sarah Raisuddin.

White Garden in the Sky, which will be the theme of this occasion will be hosted by the sensational, Didie Alias at Megaview Banquet Deck located at a height of 288 metres.

“For the first time, four artists will be combined in showing our appreciation to all the secretaries who will be celebrating Secretaries Week. We will offer a special entertainment and delectable cuisines that will be memorable for them while celebrating with their beloved bosses,” said Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

“In addition, this is a golden opportunity for them to enjoy a panoramic view of Kuala Lumpur, high up in the sky together with other celebrating secretaries,” she added.

The prices for Secretaries Week at Menara Kuala Lumpur are ranged at RM500.00 and RM400.00 per person. It is limited to the first 240 registered guests for a chance to watch the performance of their favourite singers up, close and personal.

Guests will not only be entertained by the exclusive performances but will also get a chance to win lucky draw of beauty products worth RM5,000.00 as a whole and game sessions with Didie Alias.

A special western menu will be prepared by Felda D’Saji for this special communion.

For bookings and enquiries, please contact or email Puan Aishah at (Tel: 03-2020 5456, Hp: 019-262 4987 Email: aishah@menarakl.com.my) / Puan Zanariah at (Tel: 03-20988752, Hp: 012-607 7243, Email: zanariah@menarakl.com.my) / Encik Shahrul Nizam at (Tel: 03-2098 8791, Hp: 019-371 6008, Email: shahrul@menarakl.com.my).

-END- 
... 


MINGGU SETIAUSAHA 2011
“UP, CLOSE AND PERSONAL @ MENARA KUALA LUMPUR”
BERSAMA DAYANG NURFAIZAH, NORYN AZIZ, SARAH RAISUDDIN & DIDIE ALIAS

Menara Kuala Lumpur telah mengadakan majlis sidang akhbar bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang akan diadakan pada 26 & 27 April 2011. Program tersebut  menjanjikan persembahan hebat dan eksklusif daripada tiga penyanyi popular yang bersuara mantap dan lunak iaitu Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz dan Sarah Raisuddin.

Majlis yang bertemakan “White Garden in the Sky” ini turut akan dimeriahkan dengan celoteh pengacara sensasi, Didie Alias yang akan diadakan di Mega View Banquet Deck dari ketinggian 288 meter.

“Buat julung kalinya, empat artis digabungkan bagi menghiburkan setiausaha dan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua setiausaha yang meraikan Hari Setiausaha. Kami menjanjikan persembahan yang istimewa dan hidangan yang tidak akan dilupakan oleh mereka apabila mereka meraikannya bersama bos yang tersayang” kata Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Disamping itu juga, ini adalah peluang keemasan buat mereka untuk menikmati keindahan panorama Kuala Lumpur dari puncak awan sambil beramah mesra dengan setiausaha-setiausaha yang lain” tambah beliau lagi.

Harga yang ditawarkan bersempena dengan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur adalah RM500.00 dan RM400.00 seorang. Ianya terhad kepada 240 orang tetamu yang terawal mendaftar sahaja bagi memberi peluang mereka menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra.

Disamping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.00 secara keseluruhannya dan “games” bersama Didie Alias.

Hidangan menu barat istimewa untuk majlis ini akan disediakan oleh Felda D’Saji yang menawarkan perkhidmatan makanan yang sedap-sedap belaka.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, silalah hubungi atau emel kepada Puan Aishah di (Tel: 03-2020 5456, Hp: 019-262 4987 Emel: aishah@menarakl.com.my) / Puan Zanariah di (Tel: 03-20988752, Hp: 012-607 7243, Emel: zanariah@menarakl.com.my) / Encik Shahrul Nizam di (Tel: 03-2098 8791, Hp: 019-371 6008, Emel: shahrul@menarakl.com.my).

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment