Wednesday, June 15, 2011

PESTA TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR


PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta  Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

“Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini”, tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my
.....
 
MENARA KUALA LUMPUR TO HOST PESTA NEGERI TERENGGANU

Menara Kuala Lumpur with cooperation from the Government of Terengganu will be organizing Pesta Negeri Terengganu at the 1Malaysia Cultural Village, Menara Kuala Lumpur from 18 June 2011 until 26 June 2011.

It is open for FREE to visitors starting from 10.00am until 8.00pm.

Pesta Negeri Terengganu will be organized to introduce the culture, art and traditional games as well as the local made handicrafts.

“This is an opportunity given for the local and international visitors to learn more about our culture and traditions from the Terengganu state. In addition, it also promotes the heritage values and tourism sector of the state in Malaysia,” said Puan Zuraidah Mohd Said, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

“Let’s support the locally made products and I wish to take this opportunity to invite all Malaysians to Menara Kuala Lumpur to hype up Pesta Negeri Terengganu,” she added.

For more information, please call 03 – 2020 5444 / 03-2020 5499 and surf the web at www.menarakl.com.my

No comments:

Post a Comment