Tuesday, May 3, 2011

Ucapan Terima Kasih


Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah Majlis Pelancaran Pesta Negeri Perak @ Menara Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar dan  sempurna dirasmikan oleh Y.A. Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 1 Mei 2011 yang lalu.

Pihak Pengurusan Menara Kuala Lumpur  mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada SEMUA WARGA MENARA KUALA LUMPUR dan MUZIUM TELEKOM yang telah hadir dan bertungkus-lumus menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Walaupun hujan turun dengan lebatnya dan ratusan pengunjung memenuhi ruang legar, namun anda semua telah berjaya melaksanakan tanggungjawab anda dengan masa yang amat kritikal iaitu hanya 1 jam sahaja.

Terima kasih sekali lagi di atas kerjasama anda semua, dengan semangat 1Team, Menara Kuala Lumpur BOLEH!

Jabatan Korporat Komunikasi
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment